Tentang Kami

Alfalah Digital Solutions

Diasaskan semasa pandemik Covid-19 oleh Hanif Abdul Bahar, seorang penggemar WordPress sebagai platform untuk membina laman blog dan laman web. Selain membina laman web, saya menawarkan servis copywriting surat jualan dan juga membuat iklan berbayar di Facebook dan Instagram. Kini sedang giat aktif membantu mempromosikan kelas AlQuran dewasa di Ipoh dan sekitarnya melalui pemasaran online.

Alfalah Digital membantu untuk membina laman web dengan harga berpatutan untuk mempromosikan bisnes anda. Pelbagai jenis laman web boleh digunakan untuk pemasaran seperti one pager, landing page dan ecommerce menggunakan platform WordPress.

Laman web yang disediakan dititikberatkan dari aspek seperti kelajuan, aspek keselamatan, backup berkala, integrasi media sosial dan banyak lagi untuk kemudahan pengguna dan pemilik website.

Adakah anda memerlukan iklan yang dapat menjentik hati prospek untuk membeli? Copywriting iklan yang berimpak dapat membantu. Alfalah Digital menyediakan servis copywriting untuk pemasaran di sosial media dan juga di laman website.